mizz fieyna

Tuesday, 14 August 2012

AKHLAK


Doa Sebelum memulakan pelajaran



Dengan NamaMu Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...
Ya Allah Ya Tuhanku, tambahkan ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan rungkaikan kelu lidahku supaya mereka memahami akan kata-kataku. Ya Allah, keluarkannlah kami dari gelapnya keraguan dan muliakan kami dan terangkanlah hati-hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya matahari dan bulan, dan mudahkan bagi kami pintu-pintu kurniaMu, Wahai Tuhanku yang Maha Pengasih

FEKAH

Puasa

Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa                                                                                                                                                                             
1.       Wajib
2.      Sunat
3.      Makruh
4.     Haram

 Puasa wajib :                                                              
    Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat : 
   Puasa pada hari Isnin & Khamis

Puasa Makruh : 
   Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram :
  Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik

Syarat wajib Puasa:

a)  Islam

b)  baligh
c)  berakal
d)  berupaya(sihat)
e)  bermukim

Rukun Puasa
a)  Niat
b)  Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Perkara yang membatalkan puasa
  a)  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b)  Makan dan minum sepanjang hari
c)  Muntah dengan sengaja
d)  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e)  Keluar darah haid & nifas
f)  Gila
g)  Pitam atau mabuk sepanjang hari
h)  Murtad 


1)  Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
                                                                                               
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى 
                                                                                               
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Doa Ketika Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.



AKHLAK



FADHILAT   BERADAB  SEMASA  MAKAN.

vDapat  mengelakkan dari pembaziran.
vSentiasa dipandang mulia oleh orang ramai.
vTidak menimbulkan kebencian kepada orang lain.
vSentiasa mendapat keredhaan dari Allah taala.
vDapat menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan.
vDapat  menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan.





AKHLAK



AKHLAK


AKIBAT  TIDAK BERADAB SEMASA MAKAN DAN MINUM


       1. TIDAK DISAYANGI OLEH ALLAH DAN RASULNYA.

2.  AKAN DIPANDANG HINA OLEH ORANG LAIN.

3. BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT.

4. BOLEH MENYEBABKAN  PEMBAZIRAN.


5.PERBUATAN KITA AKAN DIBENCI OLEH ORANG  
     LAIN.








Thursday, 9 August 2012

FEQAH


TAHARAH?? apa tue??!!!




pssssttt.... nk taw ke??? jom baca kat bwah ni...



 Dari segi bahasa : Suci dan bersih
 Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
Taharah ialah anak kunci dan syarat sah solat.
Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.
Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... "
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "
Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.
Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .
Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.
Syarat wajib taharah ialah :
·        Islam
·        Berakal
·        Baligh
·        Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
·        Tidak lupa
·        Tidak dipaksa
·        Berhenti darah haid dan nifas
·        Ada air atau debu tanah yang suci.
·        Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.
Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.
Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimanafirman Allah:


وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا
Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "
Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.
Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah:
1.       Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
v  Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.
v  Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.
2.      Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah:


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ” 
(Surah Al-Nisa’, 4:43)
3Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.
4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.
Rujukan Kitab :
1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.